Memartabatkan bahasa Melayu melalui pengiklanan / Kamisah Ariffin … [et al.]

Ariffin, Kamisah and Alias, Asmidar and Mohd Nor, Nur Asmaliza and Abu Hashim, Anis Hasliza (2015) Memartabatkan bahasa Melayu melalui pengiklanan / Kamisah Ariffin … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.
Abstract

Salah satu daripada usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah memastikan penggunaan bahasa yang betul dalam papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu jenama. Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan yang dijadikan panduan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meluluskan pemasangan papan iklan telah menekankan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat pada papan iklan tersebut. Kajian ini telah menganalisis penggunaan bahasa ke alas 168 papan iklan, brosur, notis dan gegantung yang terdapat di premis pemiagaan di sekitar bandar Jengka untuk melihat sejauh mana panduan ini dipatuhi. Analisis data menunjukkan pengabaian penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat dari segi sosial dan tatabahasa. Ini juga menggambarkan sikap pengiklan yang tidak prihatin dan celaru terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kajian ini mencadangkan agar Pihak Berkuasa Tempatan bekerjasama dengan Dewan Bahasa Pustaka untuk mengesahkan ketepatan penggunaan bahasa dalam sesuatu papan iklan itu sebelum diluluskan untuk dipaparkan kepada umum.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 67967.PDF]
Text
67967.PDF
Download (6MB)
Indexing & Metrics