Abstract
Herba adalah tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat pemakanan dan bauan yang dihasilkannya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Antara herba yang selalu digunakan adalah tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing, gelenggang, hempedu bumi dan sambung nyawa. Setiap tumbuhan herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan berpotensi untuk menyembuhkan penyakit. Kebanyakan tumbuhan herba ini telah digunakan sejak lama dulu sebagai alternatif penyembuhan penyakit. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti bahan-bahan yang terdapat dalam tumbuhan herba selain menyenaraikan beberapa jenis tumbuhan herba yang berpotensi digunakan sebagai tujuan rawatan di kalangan masyarakat Melayu.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Fazidah fazidahrosIi@pahang.uitm.edu.my Abdul Aziz, Noorshilawati noorshilawati@pahang.uitm.edu.my Hamzah, Nur Masriyah nurmasriyah@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 48-55 |
Keywords: | Masyarakat melayu, Rawatan, Tumbuhan herba |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67953 |