Abstract
Tulisan Jawi merupakan salah satu warisan Melayu dan ianya adalah tulisan asal Bahasa Melayu yang kini kian pupus. Salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah kerana ia satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat iaitu Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan dan taksubnya kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita berbangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi "Latin" sedangkan sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Wujud perasan fobia ke atas tulisan tersebut dan kemungkinan dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan. Tulisan Jawi adalah tulisan permulaan bahasa Melayu sehingga menjadi ligua franca. Tulisan inilah yang mencetuskan ketamadunan kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Apabila tulisan jawi terhapus, ini bermakna segala khazanah tamadun kita akan hilang daripada bangsa kita terutamanya generasi muda. Artikel ini ditulis untuk melihat sejauh mana penguasaan penulisan dan bacaan tulisan Jawi dikalangan pelajar UiTM. Kajian ini dilakukan melalui instrumen soal-selidik, ujian bertulis dan Iisan yang melibatkan seramai 100 responden yang terdiri daripada pelajar UiTM Pahang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden mempunyai penguasaan penulisan yang baik dan bacaan tulisan Jawi yang sangat baik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaccob, Ahmad Amzari amzari@pahang.uitm.edu.my Abd. Latif, Amminudin amminudin738@pahang.uitm.edu.my Mohd. Kamal, Mohd. Mawardi mawardikamal@pahang.uitm.edu.my Mohd Hanapi, Normadiana normadiana@pahang.uitm.edu.my Bachok, Mohd Fairuz mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 44-47 |
Keywords: | Tulisan jawi, Warisan melayu |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67949 |