Istiadat Mengarok: warisan tradisi raja Melayu Pahang / Suria Fadhillah Md Pauzi, Lily Mazlifa Mustafa and Nurul Afzan Najid

Md Pauzi, Suria Fadhillah and Mustafa, Lily Mazlifa and Najid, Nurul Afzan (2015) Istiadat Mengarok: warisan tradisi raja Melayu Pahang / Suria Fadhillah Md Pauzi, Lily Mazlifa Mustafa and Nurul Afzan Najid. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Pahang atau lebih dikenali dengan nama Inderapura satu ketika dahulu merupakan salah sebuah negeri tertua di Semenanjung, mempunyai susur galur sejarah kegemilangan yang penuh warna-warni. Pahang Darussalam seperti yang tertulis di dalam Kitab Hukum Kanun Pahang tidak sunyi dengan pelbagai adat resam dan budaya yang diwarisi oleh orang Melayu bermula dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Demang Lebar Daun, penghulu bagi masyarakat Melayu Palembang sewaktu beliau mahu mengahwinkan anaknya dengan Seri Teri Buana, anak Raja Suran seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin. Istiadat Mengarok merupakan salah satu daripada adat istiadat yang tidak mungkin dapat dipisahkan daripada tradisi Melayu Pahang. Berdasarkan Hikayat Pahang, mengarok berasal dari Bugis dan diketuai oleh Panglima benama Selawatang. Istiadat mengarok buat pertama kalinya diadakan di Chenor bagi mengalu-alukan kedatangan Wan Ahmad yang telah ditabalkan menjadi Bendahara Pahang bergelar Bendahara Sewa Raja pada I0 Jun 1865. Istiadat mengarok kemudiannya diperluaskan ke dalam Istiadat Perkahwinan Diraja, Hari Keputeraan, Istiadat Pertabalan Diraja dan beberapa istiadat diraja yang lain. Kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan istiadat mengarok yang menjadi intipati istiadat diraja yang hanya diamalkan di Pahang. Seni budaya ini hanya wujud di Pahang haruslah dikekalkan dan dipelihara agar ia tidak ditelan arus pemodenan bangsa.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Pauzi, Suria Fadhillah
UNSPECIFIED
Mustafa, Lily Mazlifa
UNSPECIFIED
Najid, Nurul Afzan
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Culture and cultural processes
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Cultural traits, customs, and institutions
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 13-17
Keywords: Adat mengarok, Adat resam melayu, Istiadat Diraja Pahang, Seni budaya
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67941
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67941.PDF] Text
67941.PDF

Download (2MB)

ID Number

67941

Indexing

Statistic

Statistic details