Abstract
Sejak zaman British, tanah rizab Melayu adalah salah satu perlindungan yang diberikan oleh penjajah dalam melindungi kedudukan orang Melayu terutamanya dari aspek pemilikan tanah. Ini telah diteruskan selepas kemerdekaan tercapai. Fasal 5, Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memberi hak dan perlindungan perundangan terhadap pemilikan tanah orang Melayu yang dikenali sebagai tanah rizab Melayu. Oleh yang demikian, pembangunan tanah rizab Melayu secara menyeluruh dapat membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu. Namun begini, pembangunan tanah rizab Melayu perlu dilakukan dengan berhati-hati dengan mengkaji kerangka undang-undang yang sedia ada bagi memastikan hak orang Melayu terhadap pegangan tanah rizab ini tidak hilang. Kertas kerja ini bertujuan menganalisa peruntukan undang-undang di peringkat Persekutuan dan Negeri yang sedia ada berkaitan dengan tanah rizab Melayu serta memberi pandangan berkaitan dengan pemerkasaan undang-undang bagi menjamin hak orang Melayu dipertahankan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd. Hadi, Khairul Anuar khairulanuarah@pahang.uitm.edu.my Md. Tah, lkmal Hisham ikmal@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Economic development. Development economics. Economic growth K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Constitutional law |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 7-12 |
Keywords: | Enakmen rizab Melayu, Kanun tanah negara, Tanah rizab Melayu |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67927 |