Kelestarian dan pelestarian tulisan jawi dalam kalangan mahasiswa / Nor Aziah Abd. Kadir, Khalid Mat Pardi and Nurul Afzan Najid

Abd. Kadir, Nor Aziah and Mat Pardi, Khalid and Najid, Nurul Afzan (2015) Kelestarian dan pelestarian tulisan jawi dalam kalangan mahasiswa / Nor Aziah Abd. Kadir, Khalid Mat Pardi and Nurul Afzan Najid. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Tulisan Jawi merupakan warisan peradaban Melayu yang telah diadaptasi daripada abjad-abjad Arab dan disesuaikan dengan sebutan bahasa Melayu. Hasilnya, tulisan Jawi berkembang pesat dalam alam Melayu selaras dengan perkembangan agama Islam dan seterusnya menjadi satu alat untuk merakam segala aktiviti pentadbiran, keagamaaan, kesusasteraan dan sebagainya. Penggunaan tulisan Jawi secara formal turut diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara melalui subjek Pendidikan Islam bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Namun, penguasaan tulisan Jawi kelihatan semakin menipis dalam kalangan masyarakat Melayu terutama generasi muda (mahasiswa) sekarang yang dikatakan kurang berminat dengan tulisan Jawi (Shitiq & Mahmud, 2010). Selain itu, pengaruh sistem pendidikan barat di Tanah Melayu pada abad ke-18 dan ke-19, Akta Pendidikan Kebangsaan 1963 yang menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi kebangsaan dan kurangnya bahan bacaan dalam tulisan Jawi turnt menyumbang kepada permasalahan ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelestarian penggunaan tulisan Jawi bagi lepasan sekolah dalam kalangan mahasiswa. Hasil kajian mendapati kelestarian tulisan Jawi dalam kalangan mahasiswa adalah sangat rendah dan sukar atas faktor-faktor persekitaran universiti yang kurang menggalakkan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd. Kadir, Nor Aziah
aziahkadir@pahang.uitm.edu.my
Mat Pardi, Khalid
khalidmp@pahang.uitm.edu.my
Najid, Nurul Afzan
nurulafzan@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 1-6
Keywords: Mahasiswa, pelestarian, tulisan Jawi
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67921
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67921.PDF] Text
67921.PDF

Download (13MB)

ID Number

67921

Indexing

Statistic

Statistic details