Peranan keadilan organisasi dalam membangunkan perilaku positif pekerja: perspektif pengurusan islam / Siti Salwa Salim … [et al.]

Salim, Siti Salwa and Muhamat@Kawangit, Razaleigh and Ibrahim, Nurshahira and Ismail, Azman (2022) Peranan keadilan organisasi dalam membangunkan perilaku positif pekerja: perspektif pengurusan islam / Siti Salwa Salim … [et al.]. Gading Journal for Social Sciences, 25 (2): 4. pp. 36-50. ISSN 2600-7568

Abstract

Keadilan merupakan antara kunci utama dalam usaha bagi memastikan kelancaran serta keberkesanan dalam sistem pengurusan bagi sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi yang mengambil berat isu keadilan berupaya melahirkan sikap pekerja yang lebih positif dan berdaya saing. Hal ini selaras dengan tuntutan Allah SWT yang menyuruh hambanya supaya sentiasa berlaku adil kepada sesiapa jua bagi mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman terhadap pihak lain selain dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Kajian ini di jalankan bagi mengukur hubungan di antara keadilan organisasi (keadilan prosedur dan keadilan agihan) dengan kepuasan kerja dan komitmen pekerja terhadap organisasi. Kaedah tinjauan di gunakan bagi mengumpul 218 soal selidik dari kalangan pekerja yang berkhidmat di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Hasil analisis yang menggunakan SmartPLS menunjukkan bahawa keadilan prosedur mempunyai kesan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Manakala, keadilan agihan juga mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Seterusnya, implikasi, perbincangan serta kesimpulan akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam makalah ini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salim, Siti Salwa
s.salwasalim@gmail.com
Muhamat@Kawangit, Razaleigh
UNSPECIFIED
Ibrahim, Nurshahira
UNSPECIFIED
Ismail, Azman
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 2600-7568
Volume: 25
Number: 2
Page Range: pp. 36-50
Keywords: Keadilan prosedur, Keadilan agihan, Kepuasan kerja, Komitmen organisasi
Date: July 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67895
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67895.pdf] Text
67895.pdf

Download (216kB)

ID Number

67895

Indexing

Statistic

Statistic details