Abstract
Kebanyakan pelajar beranggapan subjek perakaunan di peringkat pengajian tinggi adalah sukar apatah lagi sekiranya tiada ilmu asas perakaunan yang diambil sewaktu sekolah menengah atas. Ini SALAH. Ilmu asas perakaunan akan diperkenalkan di semester awal pengajian perakaunan. Pelajar tidak perlu risau kerana pihak Fakulti telah menyusun kurikulum mengikut peringkat dan kesesuaian. Malah, kurikulum ini akan disemak setiap 4 tahun sekali bagi memastikan ia kekal selari dengan dasar serta hala tuju pendidikan negara dan relevan bagi pasaran industri. Bukan sahaja sukar, malah subjek perakaunan juga sering dianggap membosankan. Terdapat beberapa disiplin perakaunan yang berbeza dan mencabar seperti tadbir urus, pasaran dan strategi kewangan, percukaian, perakaunan forensik dan sebagainya. Pelajar pasti tidak sempat berasa bosan sekiranya mendalami ilmu perakaunan lebih mendalam. Namun begitu, tanggapan ini tidak melemahkan tenaga pengajar perakaunan. Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Seremban khususnya, telah mencipta pelbagai cara dalam pengajaran dan pembelajaran bagi ia menjadi lebih mudah dan menyeronokkan kepada pelajar. Contohnya, pelbagai permainan berinteraktif telah dicipta dan telah memenangi beberapa anugerah inovasi. Antaranya adalah seperti 1) Smart Costing Game 2) D'bees Game for Fun 3) Easy Peasy Breezy: Accounting in 60 Minutes 4) Act. Count. Think: Mobile Gaming Apps 5) Compute Your Own Tax or Should You Hire an Accountant? 6) OV Game 7) I Love Accounting: Fun Learning using Accounting Classification Magnetic Card dan 8) Bet on Accounting: - The opportunivore card.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dol @ Abdul Wahid, Akma Hidayu UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN 1 |
ISSN: | 2805-4539 |
Keywords: | perakaunan, kewangan, percukaian |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67890 |