Abstract
Sains adalah ilmu yang diterima umum oleh manusia sejagat dan dianggap sebagai suatu kebenaran. Dengan perkembangan ilmu sains hari ini hampir semua kejadian alam dapat dijelaskan dengan teori saintifik. Namun ada fakta-fakta tertentu yang berkaitan dengan aqidah Islam, contohnya mukjizat para Rasul dan kejadian hari kiamat yang tidak dapat dijelaskan oleh ilmu sains. Percubaan untuk menjelaskan perkara-perkara ini secara saintifik akan menemui kegagalan. Perkara-perkara itu hanya dapat dijelaskan dengan kepercayaan kepada Tuhan dan bahawa Tuhan mempunyai kuasa mutlak ke atas segala kejadian di alam ini. Pada amnya terdapat tiga kepercayaan tentang bagaimana Tuhan mempengaruhi perjalanan alam ini. Pertamanya Deisme yang mengatakan bahawa tuhan mencipta alam dan kemudian membiarkannya berjalan mengikut hukum-hukumnya. Keduanya Interventionisme iaitu kepercayaan bahawa Tuhan mencipta alam dan kemudian membiarkannya berjalan mengikut hukum-hukumnya, tetapi kadang-kadang Tuhan akan campurtangan dalam hal-hal tertentu. Kepercayaan ketiga ialah okasionalisme iaitu bahawa Tuhan bertindak secara berterusan ke atas segala kejadian di alam ini. Artikel ini akan membincangkan mengenai ketiga-tiga fahaman tersebut berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan logik akal.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Zainal Kifli zainalk@uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Gading Journal for Social Sciences |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
ISSN: | 2600-7568 |
Volume: | 25 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 13-18 |
Keywords: | Sains, Ketuhanan, Falsafah, Ateisme, Teisme, Wahyu |
Date: | July 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67882 |