Nilai-nilai murni dalam pengajaran kursus matapelajaran pengajian umum (MPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM): satu tinjauan / Noor Syahida Md Soh, Mahfuzah Mohammed Zabidi and Huzaimah Ismail

Md Soh, Noor Syahida and Zabidi, Mahfuzah Mohammed and Ismail, Huzaimah (2022) Nilai-nilai murni dalam pengajaran kursus matapelajaran pengajian umum (MPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM): satu tinjauan / Noor Syahida Md Soh, Mahfuzah Mohammed Zabidi and Huzaimah Ismail. Gading Journal for Social Sciences, 25 (2): 1. pp. 1-12. ISSN 2600-7568

Abstract

Sesuai dengan sistem pendidikan negara yang telah berubah mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi, pengenalan terhadap Pendidikan 5.0 bagi seluruh sistem UiTM mula mengambil tempat dalam memacu pendidikan berkualiti. Pendidikan 5.0 yang diperkenalkan di UiTM merangkumi unsur Pendidikan 4.0 dengan memberikan penekanan terhadap nilai-nilai dan pemikiran masa hadapan yang progresif dalam diri pendidik dan pelajar. Dalam konteks Pendidikan 5.0, penerapan nilai murni dan prinsip-prinsip di dalam ekosistem pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Namun, kajian-kajian lepas mengenai penerapan nilai murni melalui pengajaran lebih tertumpu kepada guru-guru di sekolah berbanding pendidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Merujuk kepada kepentingan penawaran subjek-subjek di bawah kursus MPU yang bermatlamat untuk menerapkan nilai murni serta membina jati diri pelajar, kajian ini akan membincangkan tentang apakah nilai-nilai murni yang diamalkan dalam pengajaran kursus MPU. Dapatan kajian ini diperoleh melalui sesi temu bual tandom semi struktur yang telah dijalankan bersama dua orang informan pensyarah. Dapatan telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik secara abduktif dengan memasukkan kod-kod nilai murni yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menjalankan pengekodan terbuka. Kod-kod nilai murni yang dianalisis telah dikategorikan kepada matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Kategori-kategori ini pada akhirnya telah ditemakan secara induktif kepada nilai murni berbentuk afektif, nilai murni berbentuk kognitif, dan nilai murni berbentuk psikomotor.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Soh, Noor Syahida
noors8233@uitm.edu.my
Zabidi, Mahfuzah Mohammed
UNSPECIFIED
Ismail, Huzaimah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 2600-7568
Volume: 25
Number: 2
Page Range: pp. 1-12
Keywords: Nilai murni, Kursus MPU, Pendidikan 5.0
Date: July 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67873
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67873.pdf] Text
67873.pdf

Download (488kB)

ID Number

67873

Indexing

Statistic

Statistic details