Topi keledar keselamatan basikal kanak-kanak / Nur Akmal Abd Rahim

Abd Rahim, Nur Akmal (2006) Topi keledar keselamatan basikal kanak-kanak / Nur Akmal Abd Rahim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Malaysia, penggunaan basikal amat popular di kalangan kanak-kanak. Basikal merupakan salah satu kenderaan yang digunakan bagi kanak-kanak untuk ke sekolah. Kanak-kanak juga menggunakan basikal sebagai satu alat untuk beriadah. Seperti yang dapat dilihat kanak-kanak di Malaysia kurang memberi perhatian tentang keselamatan ketika menunggang basikal. Kanak- kanak di Malaysia tidak menggunakan alat keselamatan seperti topi keledar keselamatan, pelapik lutut dan siku ketika menunggang basikal.Topi keledar keselamatan kanak-kanak ketika menunggang basikal amat penting bagi keselamatan kanak-kanak. Di Malaysia penggunaan topi keledar keselamatan kurang dipraktikkan. Ciri-ciri keselamatan ketika menunggang basikal juga kurang di beri perhatian. Melalui maklumat- maklumat yang diperolahi dengan beberapa cara iaitu melalui soal selidik, menemuramah responden di sekitar Sungai Petani serta membuat pemerhatian di sekitar Sungai Petani, Pulau Pinang dan di sekitar Kuala Lumpur tentang gaya kanakkanak ketika menungggang basikal menunjukkan topi keledar keselamatan kanak-kanak ini patut direka semula mengikut kesesuaian pengguna. Topi keledar keselamatan yang sedia ada di pasaran tidak memenuhi kehendak pengguna. lni kerana topi keledar keselamatan yang sedia ada tidak ergonomic, di mana saiz topi keledar yang sedia ada terlalu besar bagi kanak-kanak. Rekaan yang sedia ada tidak bersesuaian dengan kanak-kanak iaitu dari segi penggunaan corak dan wama yang tidak menarik minat kanak-kanak. Topi keledar yang sedia ada juga serta tidak selesa ketika di pakai di mana material yang di gunakan bagi pelapik bahagian dalam topi keledar terlalu keras dan mengakibatkan kanak-kanak berasa sakit di bahagian kepala. Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini ialah satu rekaan yang lebih ergonomik dan rekaan yang lebih sesuai dan menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan topi keledar keselamatan dan pelapik bahagian dalam topi keledar keselamatan lebih lembut dan selesa akan dihasilkan, Reka bentuk yang akan dihasilkan juga akan menepati gaya hidup moden.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahim, Nur Akmal
2003415750
Subjects: T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles > Cycles > Bicycles and tricycles
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Malaysia, kanak-kanak, basikal, keselamatan
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67659
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67659.pdf] Text
67659.pdf

Download (159kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

67659

Indexing

Statistic

Statistic details