Nota pocket hubungan etnik dari perspektif Islam / Norafifah Ab Hamid … [et al.]

Ab Hamid, Norafifah and Pauzi, Nasif Sidqueee and Baharom, Nor Azizah and Dibok, Minah and Ibrahim, Rasyad Afif (2012) Nota pocket hubungan etnik dari perspektif Islam / Norafifah Ab Hamid … [et al.]. In: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth. Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 90. (Unpublished)

Abstract

Menyedari akan kepentingan komunikasi antara etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia, subjek Hubungan Etnik telah pun diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan ianya merupakan subjek teras peringkat Sarjana Muda di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Subjek ini memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang saling hormat- menghormati dan saling bertoleransi dalam mencapai usaha perpaduan di Malaysia. Dalam konteks ajaran Islam secara fitrahnya manusia dicipta oleh Allah SWT dari pelbagai etnik yang berbeza bangsa, warna kulit dan bahasa untuk saling mengenali, memahami dan menghormati. Masyarakat yang saling mengenali, memahami dan menghormati inilah yang akan membentuk sebuah perpaduan dan bukannya untuk mencetuskan pelbagai konflik antara kaum. Oleh itu kefahaman dan penghayatan terhadap Islam dan hubungan etnik dalam kalangan pelajar adalah aset penting kepada Negara. Lantaran itu satu anisiatif untuk menghasilkan "Nota pocket Hubungan Etnik dari Perspektif Islam''telah diambil untuk membantu para pelajar memahami subjek ini dengan baik sehingga dapat menghayati dan mempraktikkannya dalam konteks realiti masyarakat hari ini."Nota pocket"yang dilengkapi dengan fakta-fakta penting ini mudah dibawa ke mana-mana dan dapat membantu para pelajar mengingati fakta-fakta tersebut dengan lebih mudah. Selain itu ia juga dilihat mempunyai peluang untuk dikormesialkan kepada seluruh IPTA di Malaysia kerana produk sebegini untuk subjek Hubungan Etnik masih belum ada di pasaran. Justeru penyertaan dalam RIID 2012 ini adalah untuk mengetengahkan hasil inovasi yang telah dilakukan oleh para pensyarah CITU UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Hamid, Norafifah
UNSPECIFIED
Pauzi, Nasif Sidqueee
UNSPECIFIED
Baharom, Nor Azizah
UNSPECIFIED
Dibok, Minah
UNSPECIFIED
Ibrahim, Rasyad Afif
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Creative ability. Imagination. Creative thinking. Concept learning. Constructivism (Education)
L Education > L Education (General) > Handbooks, manuals, etc.
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Event Title: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth
Event Dates: 7-8 November 2012
Page Range: p. 90
Keywords: Komunikasi antara etnik; Hubungan etnik; Nota pocket
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67489
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
67489.pdf

Download (12MB)

ID Number

67489

Indexing

Statistic

Statistic details