Abstract
Dalam era moden masa kini,pelbagai kemudahan sains dan teknologi telah dibangunkan.Sains dan teknologi ini telah memberikan satu impak baru kepada kehidupan seharian.Kehidupan yang selesa dan lebih memudahkan manusia dalam memgejar arus kemodenan .Namun begitu masih lagi terdapat segelintir golongan yang disisihkan serta tidak diberikan perhatian khusus dalam mereka meniti kemodenan sains dan teknologi yang global. Golongan cacat penglihatan misalannya haruslah diberikan pendekatan dan peluang yang khusus sepertimana insan normal yang lain.Ketidakadilan dalam menyisihkan mereka dari arus kemodenan dan pembaharuan adalah satu kemajuan negara yang tidak menyeluruh secara global.Penggunaan system tulisan Braille bagi golongan cacat penglihatan memberikan peluang kepada golongan sasar ini berkomunikasi secara penulisan,namun begitu sistem pencetak Braille menjadi satu permasalahan kepada golongan sasar.lni kerana,tiadanya kepelbagaian dari segi saiz samaada khusus kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.Keberatan pencetak tulisan Braille juga tidak sesuai bagi semua golongan.Dimana bagi bagi sesebuah pencetak Braille mempunyai keberatan melebihi 4 kilogram. lni menyukarkan golongan sasar untuk membawa ia ke satu tempat yang lain.Bentuk luaran dan material yang digunakan juga tidak bersesuaian dan memberikan masalah kepada pengguna sasar iaitu golongan cacat penglihatann. Konklusinya,projek reka bentuk yang akan dilakukan perlulah merangkumi aspek baik pulih fungsi dan rupa bentuk pencetak Braille bagi golongan cacat penglihatan.Ciri-ciri reka bentuk yang akan dihasilkan mestilah mengaplikasikan aspekaspek ergonomik ,multifungsi dan mempunyai nilai-nilai estetik.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rahman, Maziah 2003418431 |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis dan Seni Reka |
Keywords: | Sains, teknologi, cacat penglihatan, Braille |
Date: | November 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67414 |
Download
67414.pdf
Download (133kB)