Abstract
Pada 9 April 2022, bersamaan hari Sabtu, pihak Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan satu program pembangunan pelajar yang bertajuk ACE: Assignment Made Easy. Selari dengan trend perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang telah berubah kepada proses PnP secara dalam talian (online), UiTM secara keseluruhan telah melaksanakan PnP secara Online Distance Learning (ODL). Melalui anjakan paradigma ini, ilmu pengetahuan dan kemahiran menggunakan pelbagai aplikasi dalam talian telah menjadi satu keperluan kepada pelajar-pelajar serta para pensyarah dalam mengadaptasi PnP secara ODL. Bertitik tolak daripada situasi dan keadaan semasa ini, APB UiTMCNS Kampus Seremban telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu sesi perkongsian dan latihan yang bersesuaian kepada para pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka menggunakan beberapa jenis aplikasi dalam talian. Program ini telah memberi pendedahan kepada para pensyarah dan juga pelajar khususnya mengenai tatacara penggunaan aplikasi penyuntingan dan juga laman sesawang yang boleh mereka gunakan bagi tujuan pembelajaran.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Sallehuddin, Nur Hakimah UNSPECIFIED Paramasivam, Sheela UNSPECIFIED Shanthi, PM Dr. Alice UNSPECIFIED Zainal Abidin, Nur Amirah Nabihah UNSPECIFIED Ahmad, Siti Noor Dina UNSPECIFIED Tengku Mahmood, Tengku Farah Petri UNSPECIFIED Hassan, Fatin Aliyah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 8 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | ACE, Assignment Made Easy, Online Distance Learning, ODL |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67256 |