Parking meter multifungsi untuk kegunaan kawasan pusat membeli-belah urban / Mahmud Zuhri Ahmad Shafawi

Ahmad Shafawi, Mahmud Zuhri (2005) Parking meter multifungsi untuk kegunaan kawasan pusat membeli-belah urban / Mahmud Zuhri Ahmad Shafawi. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Pusat membeli-belah urban kini menjadi sebahagian simbol kemajuan bandaraya di Malaysia.la menonjolkan kehebatan senibina dan landskap . Pusat membeli-belah urban dilihat memberi gambaran imej kemajuan negara setaras dengan status Malaysia sebagai negara membangun. lni dapat dilihat jelas dengan pembinaan pusat membeli-belah KLCC, dan Alamanda Putrajaya. Kawasan pusat membeli-belah urban memerlukan landskap yang menarik bukan hanya bergantung kepada pokok semata-mata tetapi ia juga mementingkan aksesori kawasan pusat membeli-belah seperti parking meter, area, papan tanda, lampu dan sebagainya. Pelbagai aspek dan unsur-unsur alam semulajadi boleh diaplikasikan datam rekaan parking meter dan aksesori kawasan pusat membeli-belah yang lain.la perlulah mempunyai ciri-ciri yang ergonomik, fungsi yang efisyen selain nilai estetika.Terdapat tiga jenis sistem parking meter iaitu sistem syiling, sistem duit kertas dan sistem kad. Justeru kajian dan anaJisa terhadap keperluan dan kehendak pcngguna perlu dijalankan untuk mendapatkan perincian tentang situasi permasalahan parking meter sedia ada.Untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh pengguna,kajian hanya tertumpu di kawasan pusat membeli-belah urban. Golongan sasar yang terlibat dipilih daripaaa orang ramai yang mengunjungi pusat membeli-belah urban dan pegawai Unit Letak Kenderaan serta Lanskap Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Syarikat penyelenggaraan parking meter Satu Padu Sdn.Bhd. Mereka dipilih kerana lebih arif dan berpengetahuan luas serta mempunyai pengalaman dalam pengurusan parking meter dan persekitaran. Antara kelemahan yang perlu diatasi adalah parking meter sedia ada hanya terhad kepada satu fungsi sahaja. Faktor logistik iaitu tiadanya parking meter multitungsi yang dilengkapi ciri-ciri lampu, alat pengesan serta tidak estetik seperti area hiasan. Rekabentuk parking meter yang konvensional dan stereotype menyebabkan ia tidak menggambarkan dan mencantikkan imej sesebuah bandar.Selain itu lokasi parking meter yang kurang sesuai menyebabkan fungsi yang tldak efisyen. Kekuatan,ketahanan, ruang dan saiz juga mempunyai masalah.Projek rekabentuk parking meter multifungsi untuk kegunaan di kawasan pusat membeli-belah urban ini secara umumnya bertujuan untuk menghasilkan satu rekabentuk parking meter multifungsi iaitu kombinasi tiga ciri; sebagai alat parking meter,lampu, dan arca.Ciri-ciri rekabentuk yang akan dihasilkan mestilah bersesuaian dengan faktor-faktor seperti lokasi parking meter, fungsi serta nilai estetika dan ergonomik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Shafawi, Mahmud Zuhri
2003417778
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Parking, landskap, pembinaan, pusat membeli-belah
Date: November 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67247
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67247.pdf] Text
67247.pdf

Download (214kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

67247

Indexing

Statistic

Statistic details