Abstract
Semenjak beberapa abad yang lalu, sarjana sains politik sama ada dari dunia Islam mahupun Barat telah berusaha keras untuk menukilkan satu bentuk integrasi epistemologi di antara konseptual masyhur seperti politik, kuasa dan pilihan raya. Perkaitan jelas yang cuba untuk dihubungkait telah berjaya diletakkan di atas peta kesarjanaan dan dijadikan sebagai rujukan utama oleh generasi-generasi seterusnya. Siapakah Al-Mawardi dan mengapakah karya beliau mempunyai nilai-nilai yang signifikan sehingga boleh dijadikan sebagai tulang belakang dalam bidang sains sosial dan sains politik Islam secara khususnya. Nama sebenar beliau ialah Ali b. Muhamad b. Habib atau lebih dikenali sebagai Abu Hasan Al-Mawardi dan dilahirkan di Basra sekitar tahun 364/974. Beliau merupakan tokoh Islam yang terkenal dalam beberapa bidang seperti sains, hadis, fiqh, perundangan, politik, pentadbiran dan sebagainya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azlan, Dr. Ariff Aizuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 8 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Politik, Kuasa, Pilihan Raya, Al-Mawardi |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66985 |