Teknik marbling sebagai alternatif dalam penghasilan karya cetakan mono / Sarman Mohamad

Mohamad, Sarman (2010) Teknik marbling sebagai alternatif dalam penghasilan karya cetakan mono / Sarman Mohamad. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Alam Sebagai Inspirasi Pada Karya Seni Tampak Melalui Cetakan Mono. Kesan dan simbol daripada alam sebagai ekspresi dalam cetakan monoprint. Kajian difokuskan bagaimana sesuatu media (cetakan) merupakan pendekatan alternatif dalam pengkaryaan. Dengan melibatkan beberapa proses yang dikenalpasti melalui disiplin-disiplin cetakan (marbling dan stenciling), penjelasannya akan dilaksana ke atas simbol-simbol alam dimana karaktor serta sifat alam itu sendiri adalah sesuatu yang disedari dan perlu dikupas tentang pengkajian maknanya.
Subjek Alam merupakan satu kegemaran dalam pengkaryaan pelukis-pelukis di Malaysia. Sejak dari era klasikal hingga ke hari ini, kebanyakan karya yang menggunakan alam sebagai rujukan, membuat pengkajian makna dan pendefinasian yang pelbagai dalam memperjelaskan isu-isu tertentu. Alam diterjemahkan melalui rangka pemikiran dari pelbagai persepsi. Alam sebagai landasan dalam penterjemahan idea. Dengan merujuk alam, segala potensi-potensi serta karektor adalah perkara dasar membangkit sensitiviti untuk mendalaminya. Setiap ruang dan lohong perlu diterokai ‘in to deep’melalui pengaturcaraan media, eksperimentasi secara fizikal dan saintifik.
Persoalan seperti ini menjalar ke perasaan ingin tahu dan seterusnya menyingkap perihal pengaplikasian pelbagai alternatif teknik, proses dan bahan dalam karya dan seterusnya membawa kepada pengkajian terhadap makna dan fungsi bahan yang digunakan tersebut. Yang jelasnya kemampuan berinteraksi dengan persekitaran melalui pendekatan proses cetakan. Mencari dan meneroka untuk satu keputusan dari aspek pembuatan, gerak laku atau tindakbalas adalah melalui penerokaan dan pemerosesan terhadap bahan atau permukaan yang diingini. Proses seperti garisan, goresan, marbling, stenciling serta tindakan fizikal atau kimia, semuanya melibatkan disiplin-disiplin dalam pembentukan hasil karya.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Sarman
sarman@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ismail, Azman
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc.
N Fine Arts > NE Print media > Printmaking and engraving
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Kajian visual, seni cetak, teknologi, monoprint, monotype, marbling, stensil
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66901
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66901.pdf] Text
66901.pdf

Download (125kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

66901

Indexing

Statistic

Statistic details