Abstract
Pihak INSPIWRITER ACADEMY VENTURES (IAV) telah mengadakan satu program yang dinamakan “Virtual Summit Sekolah Penulisan Tesis (VSSPT)”. Program ini merupakan sebuah seminar penulisan tesis akademik secara atas talian berbentuk rakaman dan secara langsung yang pertama kali diusahakan secara bersepadu. Tujuan program ini ialah bagi membantu bakal dan para pelajar pascasiswazah mendapatkan maklumat yang strategik dan taktikal dalam dunia penulisan tesis terutamanya pelajar sains sosial di peringkat pengajian Master dan PhD di dalam dan luar Negara. Seminar ini mengumpulkan input melalui para panel yang terdiri daripada pakar bidang akademik juga individu-individu yang sudi berkongsi ilmu, maklumat dan pengalaman dalam dunia akademik dan penulisan tesis. VSSPT akan dijalankan secara dalam talian (menggunakan Facebook Group Tertutup) dengan tayangan video berjadual daripada panel.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mustapha, Wan Zumusni UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 7 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Virtual summit, sekolah, penulisan, tesis |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66763 |