Abstract
Seni membatik merupakan satu lagi seni warisan masyarakat Melayu khususnya dan kepada Malaysia secara amnya Warisan ini haruslah sentiasa di jaga dan dipelihara agar ianya "tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas" Sebagai bangsa yang sentiasa menjaga dan menagungkan warisan bangsa, kita haruslah sentiasa menjaga dan mengekalkannya agar ia tidak lupus ditelan zaman. Atas dasar ini, pengkaji mengambil inisiatif ini untuk membincangkan beberapa persoalan tentang seni batik ini. Tajuk yang diperbincangkan ini adalah 'Kajian Penerimaan Motif Burung F Batik Blok'. Di sini beberapa perkara akan diperbincangkan dengan tujuan untuk mengetahui dan menilai sejauh manakah tahap penerimaaan masyarakat terhadap motif burung ini. Setiap motif yang dihasilkan mempunyai kepentingan dan keunikkannya yang tersendiri dan setiap pembeli mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan hasil ataupun keputusan pengkaji telah menjalankan soal selidik yang dijalankan terhadap penduduk negeri Kelantan ini Melalui kaedah tersebut.pengkaji telah mengedarkan borang-borang kaji selidik untuk menilai pendapat dari penduduk negeri Kelantan yang merangkumi pelbagai peringkat seperti pengusaha batik, pereka, peniaga dan seterusnya para pembeli yang merupakan pihak yang menentukan sejauh manakah penerimaan motif burung ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan motif burung ini adalah kurang diterima oleh penduduk negeri Kelantan dan motif bunga ( flora ) lebih mendapat sambutan.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ghazali, Harziana 97345318 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohammad, Sabri UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion > Materials and articles of clothing. Details and accessories N Fine Arts > ND Painting > Technique and materials T Technology > TS Manufactures > Textile fabrics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senilukis dan Senireka |
Keywords: | Seni membatik, seni warisan masyarakat Melayu, Kelantan |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66648 |
Download
66648.pdf
Download (878kB)