‘Naga' dalam kehidupan / Azliah Idiris

Idiris, Azliah (2001) ‘Naga' dalam kehidupan / Azliah Idiris. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.
Abstract

Kajian ini keseluruhannya memperkatakan tentang "Naga' dalam kehidupan. Menyorot kepentingannya sebagai sosio kebudayaan yang menakjubkan. Kajian ini juga dilakukan bagi meluaskan pengetahuan mengenai warisan Naga dan memaparkan tentang keindahan motif Naga dalam seni Cina sebagai Apresiasi kepada pelbagai cabang Seni yang lain. Hasil daripada kajian ini penilaian terhadapnya dimasa akan datang dapat di nilai walaupun ia telah berevolusi selama bertahun tahun. Dalam menjayakan tesis ini kaedah secara prima, sekunder dan tertier dilakukan. laitu membuat penyelidikan di perpustakaan Pameran di Muzium-muzium ,melalui Internet, serta sessi temuramah untuk mendapatkan maklumat. Hasil daripada kajian ini didapati Naga adalah seekor haiwan yang unik dan mempunyai pengaruh yang begitu kuat terutama bagi masyarakat Cina. Naga kurang diterima oleh masyarakat Melayu (Islam ) namun dalam masa yang sama bagi masyrakat lain konsep Naga terus tersebar luas dan bertahan lama kerana banyak menyimpan pengertian dalam satu simbol dan boleh menyerap pengertian baru.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66626.pdf]
Text
66626.pdf
Download (770kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics