Penggunaan motif pucuk rebung pada batik sarung dan songket / Sarinha Elizabeth Zulkifli

Zulkifli, Sarinha Elizabeth (2001) Penggunaan motif pucuk rebung pada batik sarung dan songket / Sarinha Elizabeth Zulkifli. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai penggunaan Motif Pucuk Rebung pada batik sarung dan songket. Motif Pucuk Rebung merupakan hiasan utama pada tekstil Melayu yang kini kurang digunakan. Kajian ini membincangkan tentang kewujudan Motif Pucuk Rebung yang semakin jarang digunakan, Pengubahan reka corak, peranan pengusaha dan kemampuan motif tradisional tersebut bertahan di alaf moden ini. Dalam menjalankan kajian ini, seramai 10 orang pengusaha batik sarung dan songket telah ditemubual. Di samping itu terdapat beberapa orang yang berkaitan dengan tajuk kajian ini telah membantu memberikan maklumat berkenaan Motif Pucuk Rebung. Lokasi kajian ini tertumpu di Negeri Terengganu dan Kelantan sahaja. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Motif Pucuk Rebung pada batik sarung kurang digunakan hari ini berbanding songket yang masih digunakan. Batik sarung juga mengalami era perubahan yang pesat di mana banyak Motif Pucuk Rebung yang telah diubah serta dari segi reka coraknya menjadi lebih ringkas dan berbentuk geometrik berbeza dengan songket yang masih menggunakan motif tradisional bagi menghiasi kain tenunan tersebut. Pengusaha songket tidak mencipta motif-motif baru bagi menggantikan motif tradisional ini kerana permintaan terhadap motif tradisional begitu tinggi. Penggabungan motif tradisional dengan motif moden juga akan menghasilkan rekacorak yang menarik. Kesedaran dari pihak-pihak tertentu akan dapat mengekalkan motif-motif tradisional khususnya Motif Pucuk Rebung di dalam penghasilan tekstil serta berbagai jenis seni rupa yang lain pada masa akan datang.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkifli, Sarinha Elizabeth
97345476
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Sakijan, Danuri
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: Pucuk rebung pada batik sarung dan songket, tekstil Melayu, geometrik, Terengganu dan Kelantan
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66605
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66605.pdf] Text
66605.pdf

Download (765kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66605

Indexing

Statistic

Statistic details