Persepsi masyarakat bandar dan luar bandar terhadap motif dan rekacorak fauna pada langsir / Musrizal Mat Isa

Mat Isa, Musrizal (2001) Persepsi masyarakat bandar dan luar bandar terhadap motif dan rekacorak fauna pada langsir / Musrizal Mat Isa. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.
Abstract

Kajian ini merupakan kajian tinjauan mengenai persepsi masyarakat bandar dan luar bandar terhadap motif dan rekacorak pada langsir. Kajian ini meliputi pandangan serta pendapat masyarakat berkaitan dengan pengguna motif dan rekacorak fauna pada langsir. Pandangan yang diutarakan mengambil kira semua aspek seperti pengaruh sosial dan budaya, keagamaan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Dalam melakukan kajian ini, kacdah penyelidikkan perpustakaan, internet, temuramah dan borang soal selidik digunakan untuk memperolehi data daripada sampel kajian.
Lokasi kajian pengkaji adalah di sekitar kawasan Negeri Kelantan Darul Naim yang melibatkan penduduk bandar iaitu di bandar Kota Bharu, manakala kawasan luar bandar melibatkan penduduk di Perkampungan Kelaweh iaitu salah satu kampung yang terdapat di dalam daerah Machang.
Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat masa kini menerima penggunaan motif fauna pada langsir. Walau bagaimanapun, penerimaan motif dan reka corak tersebut tidak diterima dalam bentuk imej-imej haiwan yang sebenar sebaliknya penerimaan motif dan reka corak ini adalah dalam bentuk abstrak, motif dan reka corak yang dipermudahkan seperti motif kartun dan gabungan motif dan rekacorak fauna dengan motif-motif lain seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan garisan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66545.pdf]
Text
66545.pdf
Download (813kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics