Faktor-faktor yang mempengaruhi pemakaian cincin di kalangan lelaki / Rizal Aswadi Ismail

Ismail, Rizal Aswadi (2001) Faktor-faktor yang mempengaruhi pemakaian cincin di kalangan lelaki / Rizal Aswadi Ismail. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.
Abstract

Cincin merupakan suatu alat perhiasan unik dan unggul di mata masyarakat. Persepsi pemakaian mahupun penggunaannya seringkali dikaitkan dengan citarasa pemiliknya yang tersendiri. Kehalusan seni ukiran yang terpahat memukau mata yang memandang apatah lagi dengan kilauan permata yang bergemerlapan. Nilai estetika cincin yang tinggi menarik minat penggemar cincin supaya memilikinya. Golongan lelaki Melayu sememangnya mempunyai kepekaan yang tinggi dalam memilih perhiasan diri terutama cincin. Cincin merupakan alat perhiasan purba dan secara evolusinya berubah fungsi dan kegunaan berdasarkan faktor semasa. Umumnya cincin terbahagi kepada dua bentuk asas iaitu cincin belah rotan dan yang berbatu permata. Daripada pemakaian cincin oleh golongan lelaki diungkapkan pula faktor yang berkait rapat ke atasnya. Inilah persoalan yang timbul dan kajian ini merupakan usaha untuk menjawab soalan ini. Konsep pemakaian cincin oleh golongan lelaki jelas berteraskan pelbagai faktor yang berkaitan dengan pelbagai keadaan dan sebab. Dengan aneka ragam hias dan reka bentuk cincin yang menarik tidak hanya mendorong kepada pemilihannya tetapi ia merupakan panduan kejiwaan tinggi dalam menuntut memilikinya. Dalam kajian yang dilakukan, pengkaji cuba mengenal pasti faktor-faktor pemakaian cincin di kalangan lelaki. Melalui subjek utama kajian ini, pengkaji berminat melakukannya secara mendalam kerana faktor yang kedapatan dalam mempengaruhi pemakaian cincin adalah pelbagai ragam Pengkaji menggunakan kaedah berbentuk soal selidik dan termuramah kepada responden Tujuan utama adalah untuk melihat kepekaan golongan lelaki berdasarkan tajuk kajian. Manakala lokasi kajian tertumpu di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Dapatan kajian menunjukan bahawa faktor-faktor pemakaian cincin di kalangan lelaki Melayu ialah minat, ikatan pertunangan, ikatan perkahwinan dan juga citarasa individu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66544.pdf]
Text
66544.pdf
Download (847kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics