Pemilihan dan cara pemakaian kain tudung di kalangan wanita bekerjaya / Haslina Elias

Elias, Haslina (2001) Pemilihan dan cara pemakaian kain tudung di kalangan wanita bekerjaya / Haslina Elias. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Aliran fesyen hari ini sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran kita, dalam kerancakkan mengharungi perubahan fesyen, cara hidup dan gaya masyarakat sekian lama ini masih mempamerkan keperibadian budaya dan martabat sesuatu kumpulan etnik dan bangsa yang masih tebal. Begitu juga dengan fesyen bertudung yang memperlihatkan keayuan dan kesopanan wanita Islam dan sekaligus mencerminkan keperibadian wanita Islam yang sebenarnya. 'Komunikasi tanpa lisan' merupakan satu elemen penting secara spontan kepada wanita yang mempunyai kerjaya terutamanya bagi wanita yang hertudung. Kajian ini dijalankan terhadap wanita bertudung yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu Tujuannya adalah untuk melihat lebih dekat lagi terhadap pemilihan kain tudung di kalangan wanita yang bekerjaya dari segi jenis fabrik, warna rekacorak bentuk dan saiz serta cara pemakaian kain tudung iaitu secara ringkas atau bergaya. Setiap cara pemakaian kain tudung mempunyai gaya dan nama tersendiri. Kesesuaian pemilihan dan cara pemakaian kain tudung bukan sahaja nampak lebih ayu dan sopan kepada si pemakai tetapi tampil dengan imej dan personaliti yang menarik dan secara tidak langsung mampu mencerminkan imej organisasi. Kajian lepas mendapati bahawa seseorang wanita akan kelihatan lebih ayu dan lebih manis jika mereka memakai kain tudung yang bersesuaian dengan bentuk muka mereka iaitu bersesuaian dari segi jenis fabrik, warna, rekacorak, bentuk dan saiz kain tudung. Kajian ini menggunakan kaedah kajian data prima dan data sekunder untuk mendapatkan maklumat. Kaedah data prima seperti temuramah dan soal selidik manakala kaedah data sekunder pula ialah buku-buku, majalah - majalah dan sumber-sumber yang sahih. Jadual dan peratusan digunakan untuk mendapatkan jawapan daripada hasil maklumat yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa keringkasan dan kekemasan' adalah ciri tama bagi wanita yang bekerjaya dalam memilih kain tudung mahupun cara pemakaian kain tudung. Keringkas dalam memilih kain tudung tidak kira dari segi jenis fabrik, warna, rekacorak, bentuk dan saiz serta kemas ketika menggayakannya. Sebab - sebabnya ialah cepat, mudah bergerak, selesa, 'fashionable' dan anggun serta ayu Secara tidak langsung ia mampu mengubah keperibadian dan personaliti serta identiti seseorang wanita itu. Oleh itu, wanita bekerja akan lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai dan dihormati serta disegani. Seharusnya wanita bertudung yang mempunyai kerjaya hendaklah sentiasa peka dengan penampilan diri agar nampak berkarisma. Bertudung bukanlah alasan kepada wanita terhad untuk tampil dengan menarik.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Elias, Haslina
97345325
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Mohammad, Mohd. Sabri
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion > Materials and articles of clothing. Details and accessories
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Beauty, Personal
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senilukis dan Senireka (Tekstil)
Keywords: Fesyen, keayuan, kesopanan, fabrik, warna, rekacorak, bentuk dan saiz
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66543
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66543.pdf] Text
66543.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66543

Indexing

Statistic

Statistic details