Tahap literasi komputer pelajar: satu tinjauan awal / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid

Ismail, Normala and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2006) Tahap literasi komputer pelajar: satu tinjauan awal / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid. Asian Journal of University Education (AJUE), 2 (2). pp. 75-94. ISSN 1823-7797

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap literasi komputer di kalangan pelajar. Kedua, kajian ini meneliti sama ada wujud hubungan di antara faktor demografi dengan tahap literasi komputer pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 34 pelajar bahagian 02 program pengajian Diploma Perbankan (DIB) dan Diploma Pentadbiran Awam (DPA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. Instrumen kajian ialah satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian. Dapatan kajian secara langsung menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersikap positif di samping mempunyai kemahiran berkomputer yang tinggi dengan min skor melebihi 3.00. Dari aspek ujian pengetahuan kognitif pula, hasil kajian mendapati dimensi kesan kepada masyarakat mencapai min skor tertinggi berbanding dengan dimensidimensi lain. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa tiada kaitan di antara tahap literasi komputer pelajar dengan faktor demografi, iaitu bahagian pengajian, Himpunan Purata Gred Keseluruhan (HPGK), jantina dan keahlian kelab komputer. Hasil Analisis Regresi Berganda pula menunjukkan wujud hubungan di antara tahap literasi komputer dengan kemahiran menggunakan komputer, sikap terhadap penggunaan komputer dan pengetahuan kognitif pelajar. Di antara ketiga-tiga faktor di atas, didapati kemahiran menggunakan komputer adalah paling dominan dalam mempengaruhi tahap literasi komputer pelajar. Dapatan kajian turut mencadangkan agar pihak universiti dapat mengadakan lebih banyak aktiviti yang dapat memberi pendedahan mengenai komputer kepada semua pelajar agar tahap literasi komputer mereka bertambah dari semasa ke semasa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Normala
nmala391@salam.uitm.edu.my
Khalid, Mohamad Kamil Ariff
UNSPECIFIED
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Education
Journal or Publication Title: Asian Journal of University Education (AJUE)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Asian Journal of University Education (AJUE)
ISSN: 1823-7797
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 75-94
Keywords: computer literacy, Demographic factor, University students
Date: December 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6648
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_NOORMALA ISMAIL AJUE 06.pdf] Text
AJ_NOORMALA ISMAIL AJUE 06.pdf

Download (213kB)

ID Number

6648

Indexing

Statistic

Statistic details