Abstract
Tesis yang dikemukakan ini adalah bertajuk "Pemakaian Barang Kemas Perak Rekabentuk Tradisional Di Kalangan Remaja Perempuan". Pemilihan tajuk yang dikemukakan ini adalah lahir dari dalam diri sendiri untuk mengkaji, meneliti, memahami serta ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam dari segala aspek. Di antaranya adalah aspek sejarah, pengaruh, penggunaan (pemakaian), permasalahan serta sedikit sebanyak tentang cara pembuatan.
Di pasaran sekarang, pelbagai jenis barang kemas di jual. Tetapi sebahagian besarnya terdiri daripada yang moden hasil daripada perubahan masa. Cuma sebahagian kecil sahaja yang masih mempamerkan ciri-ciri tradisional. Tidak ada lagi permintaan untuk rekabentuk tradisional. Jika ada pun hanya segelintir kecil sahaja. Berdasarkan kepada tajuk tesis inilah pengkaji menggunakan peluang yang ada untuk mengkaji penerimaan masyarakat, khususnya golongan remaja sekarang terhadap barang kemas perak yang berekabentuk tradisional secara teliti.
Antara perkara yang dikaji dalam tesis ini ialah dari segi tahap minat golongan remaja perempuan untuk memilih barang kemas perak sebagai perhiasan diri mereka. Selain itu kajian juga dijalankan ke atas setiap peringkat umur remaja yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu awal remaja, remaja dan akhir remaja. Ini adalah untuk melihat adakah terdapat perbezaan dari segi pemilihan jenis barang kemas di kalangan remaja ini. Begitu juga dengan pihak pengusaha. Apa yang turut dikaji di sini ialah bagaimana pengusaha barang kemas perak dapat mempengaruhi golongan remaja untuk memilih rekabentuk tradisional.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab.llah, Zariati 97345675 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Samin, Mohd. Azhar UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Special subjects for design N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus |
Keywords: | Barang Kemas Perak, Tradisional, rekabentuk tradisional, pembuatan |
Date: | October 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66475 |
Download
66475.pdf
Download (1MB)