Penggunaan rekabentuk jenis estetik dalam barangan tembaga di Pantai Timur / Zuraine Yusoff @ Daud

Yusoff @ Daud, Zuraine (2001) Penggunaan rekabentuk jenis estetik dalam barangan tembaga di Pantai Timur / Zuraine Yusoff @ Daud. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Tesis adalah merujuk kepada bidang seni logam yang mengupas tentang penggunaan rekabentuk jenis estetik pada barangan tembaga di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tujuan penyelidikan mengenai hal ini ialah untuk mejadikan penggunaan rekabentuk jenis estetik pada tembaga ditingkatkan semula samada di kalangan pengusaha ataupun masyarakat sekeliling. Ini kerana penggunaan rekabentuk tembaga jenis estetik kurang digunakan dan kini telah berubah. Sebagai satu alternatif, pemeliharaannya dari terus mengalami perubahan dan kurang digunakan langkah yang serius harus dijalankan supaya ianya dapat dipulih dan dijaga dengan baik. Walaupun kini, rekabentuk jenis estetik telah dikomersialkan baik dari segi rekabentuk mahupun rekacorak, langkah penjagaan dan pemeliharaannya harus diambil berat. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian yang membincangkan secara bersepadu dengan menggunakan soalan soalan pendek,sesi temubual dan soalan-soalan bertulis yang merangkumi tajuk yang dikaji. Sampel kajian yang dipilih ialah mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan proses pembuatan tembaga jenis estetik. Alat ukuran seperti temuramah, soal selidik, dokumen persendirian dan pemerhatian luar sedikit sebanyak membantu pengkaji mencari jawapan kepada kajian yang dibuat. Kaedah pengumpulan data dan penilaian data - data diproses dalam bentuk nilai peratusan. Berdasarkan keputusan hasil kajian mendapati kelainan rekabentuk jenis estetik dan fungsinya memang kelihatan pada barangan tembaga yang dihasilkan kerana kebanyakan pengusaha lebih mementingkan keuntungan berbanding mutu dan kualiti yang dihasilkan. Namun begitu tidak menjadi kesalahan sekiranya ia dikomersialkan baik dari segi fungsi mahupun rekabentuk atau rekacorak tetapi haruslah dititik beratkan juga aspek ketinggian seni kraf tradisi Melayu hasil warisan sejak berzaman.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusoff @ Daud, Zuraine
97345682
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Idris, Dahuri
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
T Technology > TS Manufactures > Metal manufactures. Metalworking
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: rekabentuk estetik, barangan tembaga, rekacorak, seni kraf tradisi Melayu
Date: 8 October 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66474
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66474.pdf] Text
66474.pdf

Download (954kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66474

Indexing

Statistic

Statistic details