Syiling Malaysia dahulu dan masa kini / Mohd Hisham Salleh

Salleh, Mohd Hisham (2001) Syiling Malaysia dahulu dan masa kini / Mohd Hisham Salleh. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Syiling Malaysia yang pertama telah dikeluarkan pada awal 60an oleh Bank Negara Malaysia. Kejayaan Malaysia dalam menghasilkan wang syilingnya yang tersendiri dilihat sebagai satu langkah yang sangat baik pada ketika itu. Kejayaan ini juga melambangkan Malaysia mempunyai kemampuan menghasil dan menerbitkan sendiri matawangnya Syiling di Malaysia telah dikaji dengan melihat perkembangan hasil pembuatan wang syiling di Malaysia yang mempunyai potensi yang sangat besar nilainya di dalam peradaban manusia. Syiling Malaysia telah dikaji bertujuan untuk mendapatkan salasilah kewujudan penggunaan wang syiling di Malaysia. Selain itu juga, reka corak dan reka bentuk yang terdapat pada matawang syiling di Malaysia juga dijadikan penyebab kepada kajian yang dijalankan daripada permasalahan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia. Identiti dan konsep ciptaan pada wang syiling Malaysia juga kurang dikaji oleh mana-mana media ataupun orang perseorangan. Kajian ini juga bertujuan untuk memberi gambaran kepada umum mengenai penghasilan matawang syiling di Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan cara penyelidikan melalui temuramah, dan soalan kaji selidik. Penyelidikan dilakukan di perpustakaan-perpustakaan awam negeri-negeri serta bahan-bahan rujukan lain seperti majalah dan bantuan daripada perbincangan tajuk kajian dengan rakan-rakan seperjuangan dan penasihat kajian. Daripada apa yang boleh disimpulkan, kajian ini lebih membantu kepada pemulaan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik kepada wang syiling Malaysia di masa akan datang dengan melihat setiap aspek yang membantu dalam peningkatan hasil pembuatannya dan bukan hanya sekadar dihasilkan berdasarkan kepada garapan wang syiling yang terdahulu.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salleh, Mohd Hisham
97185510
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Banking
H Social Sciences > HG Finance > Money
H Social Sciences > HG Finance > Money > Small coins
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: Malaysia, Syiling, Matawang, pembuatan wang syiling
Date: 16 September 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66443
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66443.pdf] Text
66443.pdf

Download (927kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66443

Indexing

Statistic

Statistic details