Konsep kendiri dan pembelajaran Bahasa Inggeris / Mohd Nur Fitri Mohd Salim

Mohd Salim, Mohd Nur Fitri (2018) Konsep kendiri dan pembelajaran Bahasa Inggeris / Mohd Nur Fitri Mohd Salim. Bulletin APB Edisi 1. ISSN 2682-7948

Abstract

Perubahan arus pemodenan telah banyak memberi impak kepada bagaimana cara seseorang individu melihat dirinya. Charles Donald Spielberger di dalam Encyclopedia of Applied Psychology menerangkan bahawa konsep kendiri berkait rapat dengan tahap penilaian kualiti seseorang terhadap dirinya. Hal ini ditakrifkan dengan lebih lanjut oleh Daphna Oyserman, seorang ahli akademik tersohor di dalam bidang psikologi yang menjelaskan konsep kendiri sebagai suatu jawapan kepada soalan yang berkaitan dengan asal usul, identiti dan penyesuaian diri seseorang. Apatah lagi, dengan kepesatan perkembangan media sosial pada masa kini secara tidak langsung mempengaruhi konsep kendiri seseorang, bukan sahaja pada persekitaran fizikal, tetapi juga di alam maya. Di dalam persekitaran masyarakat yang menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan kepesatan media sosial yang rata-rata berteraskan bahasa Inggeris, penggunaan bahasa ini jelas mempengaruhi konsep kendiri para pelajar. Pengaruh penggunaan bahasa Inggeris terhadap konsep kendiri seseorang adalah seperti pengaruh hubungan seorang kanak-kanak dengan ibu bapanya, Menurut Jamaludin Ramli, di dalam penulisannya yang bertajuk ‘Pengertian Konsep Kendiri’, hubungan yang tidak sejahtera di antara kanak-kanak dengan ibu bapanya akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Hasil daripada itu, kanak-kanak tersebut akan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah dan lebih cenderung untuk menjadi seorang yang pasif.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Salim, Mohd Nur Fitri
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Bulletin APB Edisi 1
ISSN: 2682-7948
Keywords: Konsep kendiri, pembelajaran, Bahasa Inggeris
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66366
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66366.pdf] Text
66366.pdf

Download (582kB)

ID Number

66366

Indexing

Statistic

Statistic details