Penggunaan keris dahulu dan sekarang: satu perbandingan / Roziati Hamzah

Hamzah, Roziati (2001) Penggunaan keris dahulu dan sekarang: satu perbandingan / Roziati Hamzah. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Kajian ini adalah tertumpu kepada kajian yang berkaitan dengan penggunaan keris dahulu dan sekarang yang mana ia merupakan satu perbandingan di antara penggunaan keris pada masa dahulu dan juga sekarang. Perbandingan ini dibuat adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana perubahan yang telah berlaku terhadap penggunaan keris pada masa dahulu dan sekarang dan juga untuk meninjau apakah
faktor yang telah menyebabkan kepada proses perubahan tersebut. Sehubungan dengan itu, bagi menyiapkan kajian ini, pengkaji perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan dengan latar belakang keris terlebih dahulu. Oleh itu, maklumat maklumat yang berkaitan dengan keris perlu dicari berdasarkan kepada kajian- kajian lampau yang telah dikeluarkan oleh pengkaji - pengkaji yang terdahulu untuk mendapatkan serba sedikit panduan berkenaan dengan kajian yang dijalankan. Di samping itu, maklumat maklumat lain dapat diperolehi dengan menggunakan beberapa kaedah. Di antaranya ialah melalui kaedah data prima yang diperolehi melalui kaedah temubual terhadap responden yang terlibat, sementara data sekunder pula adalah melalui kaedah pembacaan. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa, ternyata terdapat begitu perbezaan tentang tujuan penggunaan keris pada masa dahulu dan kini. Di samping itu, pengkaji juga mendapati faktor masa dan persekitaran adalah faktor yang paling dominan di mana ia menyebabkan kepada proses perubahan penggunaan keris pada masa kini. Ini
adalah disebabkan oleh faktor masa dan persekitaran telah banyak mempengaruhi tatacara kehidupan masyarakat Melayu khususnya pada hari ini. Selain daripada itu, tahap pengetahuan masyarakat Melayu terhadap penggunaan keris di dapati kurang disebabkan oleh kurangnya pendedahan yang dilakukan oleh pihak - pihak yang tertentu. Oleh itu, pihak - pihak tertentu sama ada badan kerajaan ataupun swasta, media cetak dan juga media elektronik haruslah memainkan peranan dalam menghidupkan warisan ini agar ia tidak luput ditelan zaman. Stesyen stesyen televisyen khususnya seharusnya menerbitkan dokumentari - dokumentari berkenaan dengan warisan seni masyarakat Melayu khasnya di dalam bentuk visual untuk dipertontonkan. Namun begitu, walaupun keris tidak lagi berfungsi sebagaimana dahulu, tetapi, sifatnya kini telah digantikan dengan item berbentuk dekoratif. Apa yang pasti, identiti keris mewakili bangsa dan budaya serta simbol Kemelayuan. Warisan yang tidak ternilai harganya ini haruslah dipelihara sewajarnya agar ia berkekalan selama lamanya.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamzah, Roziati
97345629
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
N Fine Arts > NX Arts in general > History of the arts > By period
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: keris, masyarakat Melayu, pengkaji, warisan seni
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66249
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66249.pdf] Text
66249.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66249

Indexing

Statistic

Statistic details