Jalinan kerjasama di antara UiTM, UKM, UPNM dan Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh, Indonesia / Prof. Madya Dr. Noorsuhada Md Nor

Md Nor, Noorsuhada (2019) Jalinan kerjasama di antara UiTM, UKM, UPNM dan Universitas Syiah Kuala (Unsyiah), Banda Aceh, Indonesia / Prof. Madya Dr. Noorsuhada Md Nor. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.

Abstract

Pada 28 Julai hingga 31 Julai 2019, satu lawatan muhibah dari tiga buah universiti tempatan ke Universitas Syiah Kuala(Unsyiah), Banda Aceh, Indonesia telah dijalankan. Lawatan ini bertujuan untuk membina satu jalinan kerjasama penyelidikan merentas luar sempadan negara. Tiga buah universiti awam tempatan yang terlibat adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Kerjasama ini adalah kesinambungan program dan seminar Precision Component Product Innovation in the field of Mechanical, Industrial Engineering and Civil Engineering in anticipation of Development 4.0 yang dianjurkan oleh Unsyiah. Pensyarah-pensyarah yang terlibat adalah Prof. Ir. Dr. Shahrum Abdullah (UKM), Prof. Madya Dr. Noorsuhada Md Nor (UiTM Cawangan Pulau Pinang), Dr. Salvinder Singh Karam Singh (UKM), Dr. Mohd Faizal Abdullah (UPNM) dan Ir Nur Azwa Muhamad Bashar (UiTM Cawangan Pulau Pinang) (Gambar 1). Rentetan itu, satu diskusi teknikal telah dijalankan bersama pensyarah Unsyiah berkenaan kejuruteraan forensik untuk kolaborasi penyelidikan bersama dengan UiTM Cawangan Pulau Pinang pada masa hadapan. Antara cadangan kolaborasi adalah tentang hasil peninggalan dan kesan Tsunami Aceh yang lebih menjurus kepada pemantauan bangunan dan sebagainya. Beberapa perbincangan untuk mewujudkan jalinan kerjasama berkaitan penyelidikan, penerbitan, perundingan dan lain-lain kolaborasi yang dilihat sejajar dengan keperluan universiti untuk meningkatkan ketampakan UiTM Cawangan Pulau Pinang khususnya diperingkat antarabangsa.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nor, Noorsuhada
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ibrahim, Anas
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abd Ghani, Kay Dora
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Buletin, Faculty of Civil Engineering, UiTM
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66063
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66063.pdf] Text
66063.pdf

Download (570kB)

ID Number

66063

Indexing

Statistic

Statistic details