Abstract
Kisah ashabul kahfi merupakan salah satu daripada kisahkisah luar biasa yang dinukilkan dalam al-Quran. Kehebatan kisah ini memperlihatkan bagaimana tujuh orang pemuda al-Kahfi yang ditidurkan selama 309 tahun. Kisah pemuda ini banyak dihasilkan menerusi beberapa tulisan secara ilmiah dan sebagainya, khususnya melibatkan aspek bahasa Arab Namun, input daripada pengkajian bahasa Arab tersebut masih wujud kekurangan yang masih boleh dilengkapkan aspek pengkajian tersebut seperti teknik retorik, elemen fizikal dan spiritual di sebalik kisah ashabul kahfi ini. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis dan menghuraikan elemen fizikal dan spiritual yang tersirat dalam kisah tersebut menerusi figura retorika. Kajian ini kajian kualitatif berbentuk tekstual dengan menjadikan al-Quran sumber premier kajian. Kisah ashabul kahfi ini dikenalpasti menerusi surah al- Kahfi dalam ayat 9 hingga 26. Setiap ayat itu dilihat pencerahannya dan kupasan berkaitan menerusi tafsir.
Seterusnya, aspek fizikal dan spiritual yang tersirat dibincangkan berteraskan disiplin ilmu retorik Arab. Hasil analisis mendapati terdapat elemen fizikal dan spiritual dalam ayat-ayat yang bersangkut paut dan ia dapat dibuktikan menerusi figura retorika seperti nazm, isti’arah, altaqdim wa al-ta’khir, al-insya’ al-talabi, al-tankir, istifham dan pemilihan perkataan. Kupasan terhadap elemen fizikal dan spiritual yang terhasil ialah kesempurnaan fizikal dan iman dalam kehidupan, keyakinan diri dalam kebenaran, kekuatan fizikal terhadap amalan ritual ibadah, kekuatan
aspek keselamatan fizikal dan kekuatan kualiti kehidupan dapat diterjemahkan dalam kehidupan bersama untuk dihayati.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar Zulkepli, Muhamad Khairul mkaz@uitm.edu.my Abd Hamid, Mohd Zulkhairi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | Voice of Academia |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Voice of Academia (VOA) |
ISSN: | 1985-5079 |
Volume: | 18 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 164-177 |
Keywords: | Material, spiritual, retorik, Ashabul Kahfi |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65617 |