Abstract
Perjuangan selama lebih 65 tahun menggalas mandat khas bagi memastikan kelangsungan orang Melayu dan bumiputera terjamin dan terbela, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini telah berjaya melahirkan lebih 600 ribu graduan dengan kepakaran dalam pelbagai bidang dan kerjaya.
Sebagai universiti komprehensif terbesar di Malaysia, UiTM bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak muda berkarya, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan inovasi untuk kehidupan yang lebih mampan, bahkan institusi ini turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan, sosial dan ekonomi negara selama lebih enam dekad selepas ditubuhkan. Limpahan ekonomi yang terhasil dengan kewujudan UiTM ke atas komuniti sekitar 34 kampus di seluruh negara turut membantu matlamat universiti untuk mengurangkan kemiskinan, melindungi ekosistem, dan memastikan kemakmuran yang merentasi seluruh komuniti setempat termasuk di peringkat global.
Selaras dengan peranan UiTM untuk terus menabur bakti dalam memacu pendidikan progresif dan inovatif, beberapa bangunan serta lokasi strategik sekitar kampus induk di Shah Alam serta kampus Puncak Alam telah dinamakan sempena empat Canselor UiTM bagi mengenang jasa bakti mereka yang juga merupakan Kebawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, serta sebuah bangunan ikonik universiti yang dinamakan sempena Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Mercu Dirgahayu UiTM yang dimaksudkan ialah:
- Menara Sultan Abdul Aziz Shah
- Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
- Dataran Tuanku Fauziah
- Masjid Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin
- Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah
- Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
- Dewan Agung Tuanku Canselor
- Hospital Al-Sultan Abdullah
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat bkk@uitm.edu.my |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architecture and recreation N Fine Arts > NA Architecture > Special classes of buildings N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65529 |