Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh dalam bidang lakonan yang berasal dari Perlis iaitu Shahili Bin Abdan atau lebih dikenali dengan nama Namron. Bidang teater yang awalnya telah membawa beliau memasuki industri seni dan melahirkan minatnya kepada lakonan. Nama gelarannya iaitu Namron yang memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri telah mengubah paradigmanya daripada seorang yang asalnya begitu pemalu kepada seorang yang sangat berkeyakinan tinggi. Sumbangan beliau dalam bidang lakonan juga tidak dapat disangkal lagi dengan penubuhan Rumah Anak Teater (RAT) yang telah berjaya membentuk pelakon-pelakon baru yang berbakat dan berkemahiran dalam teknik-teknik lakonan. Setelah menelusuri perjalanan pelakon ini yang tidak asing dalam bidang lakonan. Beliaujuga telah menubuhkan Syarikat Alternative Stage dan menghasilkan karya-karya dalam industri filem yang cukup berkualiti sehingga membawa nama Malaysia ke persada filem antarabangsa. Walaupun artis veteran ini sememangnya dikenali di setiap lapisan masyarakat, namun biografi beliau jarang diketahui oleh masyarakat umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menambah koleksi bahan rujukan berkenaan Namron dan mendapatkan sumber primer artis veteran ini. Tentang pentingnya menjaga atau mengekalkan biografi artis veteran bagi kegunaan sejarah pada masa akan datang agar dapat diketahui masyarakat umum.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Marzuki, Nur Athifah Syairah 2019415684 Abdul Rahman, Nur Hidayah 2019230504 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Abdan, Shahili UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Filem; Pelakon; Pengarah; Sejarah Lisan; Teater; Namron |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65512 |