Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan seorang alumni ITM [Institusi Teknologi Mara] yang mengambil bidang Kajian Sains Perpustakaan di Fakulti Pengajian Maklumat. Ramai dalam kalangan masyarakat pada masa kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak mengetahui secara langsung sejarah tokohjasa, sumbangan dan kejayaan beliau terhadap Fakulti Pengajian Maklumat, masyarakat dan Negara. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh ini, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap kebenaran, cabaran atau kekangan yang dihadapi, peristiwa pahit dan manis dan pengalaman hidup beliau ketika belajar sehingga berpencen dan diberi gelaran tokoh. Sejarah tentang alumni ITM [Institusi Teknologi MaraJ yang mengambil bidang Kajian Sains Perpustakaan di Fakulti Pengajian Maklumat ini juga turut memfokuskan secara menyeluruh tentang peristiwa-peristiwa semasa bergelar pelajar, beliau memulakan kerjaya sehingga beliau menamatkan kerjaya dan ingin mengetahui apa yang beliau lakukan hari ini selepas menamatkan kerjaya. Kajian ini bukan sahaja melalui Puan Rihanun Md Samin sendiri, malah ianya juga turut diperolehi dari beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang telah dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamid, Rabiatul Adawiah 2019660498 Misamardzan Saney, Shafiena 2019612982 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Md Samin, Rihanun UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Personnel. Librarians |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Tokoh; Kajian Sains Perpustakaan; Fakulti Pengajian Maklumat; Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara Malysia |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65356 |