Proses Poisson / Shukri Shamsuddin

Shamsuddin, Shukri (1989) Proses Poisson / Shukri Shamsuddin. GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang, 1 (3): 4. pp. 47-62.

Abstract

Di dalam teori kebarangkalian, taburan Poisson adalah salah satu daripada fungsi kebarangkalian diskrit. Fenomena yang berkait dengan fungsi kebarangkalian ini melibatkan pengiraan jumlah bilangan kejadian-kejadian yang rambang. Di antara kejadian-kejadian rambang ini adalah bilangan kemalangan jiwa berlaku setiap minggu bagi sesebuah kawasan, bilangan kematian atau kelahiran tiap-tiap hari, jumlah partikel radioaktif yang muncul per unit masa, bilangan panggilan telefon bagi sesuatu tempoh masa, bilangan organisma per unit isipadu dalam cecair, bilangan pelanggan per unit masa di sebuah kaunter, bilangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital bagi sesuatu tempoh masa dan bilangan tahi bintang yang berlaga dengan satelit orbit. Ini tidaklah bererti bahawa kesemua bilangan kejadian rambang yang disebutkan di atas atau seakan-akan dengannya mesti menunjukkan atau mengikuti taburan Poisson, tetapi jika terdapatnya andaian-andaian yang tepat dan memenuhi syarat tertentu pada fenomena tersebut, model Poisson adalah bersesuaian. Taburan ini mendapat namanya daripada Simeon Denis Poisson (1781-1840) seorang ahli Matematik dan Fizik1 . Dalam bukunya yang berjudul "Recherches sur la Probabilite de Judgements', beliau membincangkan ilmu-ilmu Matematik termaksuklah teorem had (limit theorem) Binomial yang menjadi asas kepada taburan Poisson. Pada mulanya penggunaaan taburan ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ujikaji-ujikaji yang bersifat .Binomial Genis taburan kebarangkalian diskrit) yang agak rumit pengiraannya. Hingga tahun 1898 taburan Poisson menampakkan kepentingannya yang tersendiri dalam buku yang berjudul 'Das Gesert
der Kleinen Zahlen (Law of small Numbers)' ditulis oleh Ladislaus von Bortkiewicz, seorang profesor Jerman yang dilahirkan di Russia2. Hingga kini, taburan Poisson telah membantu dalam memahami masalah-masalah beberapa kajian dalam bidang operasi penyelidikan (operational research) selain daripada digunakan bagi memudahkan pengiraan Binomial atau penyelesaian masalah kejadian rambang bersifat Poisson.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Shukri
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Mathematical statistics. Probabilities
Q Science > QA Mathematics > Probabilities
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang
UiTM Journal Collections: Others > GADING
Volume: 1
Number: 3
Page Range: pp. 47-62
Keywords: Poisson, keberangkalian, matematik
Date: 1989
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65311
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65311.PDF] Text
65311.PDF

Download (4MB)

ID Number

65311

Indexing

Statistic

Statistic details