Bot mewah persendirian / Mohd Norfazly Mohd Salim

Mohd Salim, Mohd Norfazly (2005) Bot mewah persendirian / Mohd Norfazly Mohd Salim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Masyarakat dunia pada masa kini sentiasa di pengaruhi dengan gaya hidup yang mengikut arus perubahan semasa.Sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat. Dunia untuk mengejar arus permodenan yang semakin canggih dan mewah dari masa ke semasa.Malaysia juga seperti negara-negara maju yang lain tidak ketinggalan untuk menerokai kecanggihan teknologi dan kemewahan terkini di dunia.Saban hari kita kerap melihat pelbagai teknologiDan aneka rekabentuk yang kreatif dan inovatif.Kebanyakkan produk yang sedia ada diperbaharui dari segi fungsi dan rekabentuk yang lebih menarik.Akan tetapi ada juga sesetengah produk yang terlepas pandang dan jarang diambil perhatian mengenai rekabentuk oleh para perekabentuk. lni kita boleh lihat dari sudut pengangkutan maritime seperti bot-bot mewah persendirian yang jarang sekali kita dengar rekabentuk nya diubahsuai.Seperti kata bekas perdana menteri kita Tun Dr. Mahathir "sukan air atau rekreasi air jarang sekali di negara kita malah kita jauh ketiggalan dengan Eropah" dipetik dari suratkhabar Serita Harian 13 Mei 2002. Seperti yang kita tahu pemilik-pemilik bot mewah ini tergolong dari orang-orang ternama, korporat-korporat dan hartawan mahupun jutawan.Selalunya bot-bot mewah ini tidak mengalami masalah teknologi kerana teknologi yang digunakan memang cukup tinggi. Seperti global positioning radar system 'GPRS', sistem komputer dan talian telefon untuk perhubungan. Antara masalah yang mereka alami adalah masalah rekabentuk luaran mahupun dalaman yang membuatkan mereka berasa tidak selesa kerana sempit. Antara masalah lain ialah tidak selesa untuk pemandu iaitu kapten kerana kedudukan sterengnya tidak selesa. Masalah lain seperti membawa muatan yang terhad. Rata-rata pemilik bot mahupun penjaga bot merangkap kapten merungut mengenai rekabentuk sahaja. Oleh itu disini saya akan mereka bentuk sebuah bot yang memiliki segala keperluan setiap manusia seperti sebuah rumah yang terapung. Oleh itu saya akan merekabentuk satu bot mewah persendirian yang lebih memberi kan keselesaan kepada para pemilik kenderaan maritim ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Salim, Mohd Norfazly
2002131599
Subjects: T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Bot, teknologi, maritim
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65295
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65295.pdf] Text
65295.pdf

Download (138kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

65295

Indexing

Statistic

Statistic details