Abstract
ProjekTahun AkhirSarjana Muda (MAT/MSP660) merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh semua pelajar Pusat Pengajian Matematik UiTM dan merupakan syarat bagi penganugerahan ljazah Sarjana Muda Matematik Pengkomputeran (CS247), Matematik Pengurusan (CS248) dan Matematik (CS249). Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam menjalankan projek penyelidikan dimana pelajar dikehendaki menghasilkan laporan akhiryang perlu dibentangkan untuk dinilai oleh penyemak (Examiner) dan panel penilai (Panel evaluator). Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan scientific method, creative thinking dan problem soJving methods dalam menjalankan penyelidikan Matematik. lanya juga bertujuan untuk melatih pelajar bagi persediaan terhadap kerjaya yang berkaitan bidang pengkhususan Matematik dan bidang-bidang applikasi Matematik. Menyedari tentang keperluan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran di universiti secara atas talian masa kini, pihak penyelaras projek tahun akhir (Matematik) telah membangunkan sebuah platform atas talian untuk memudahkan aktiviti pembentangan dan penilaian projek tahun akhir bermula pada Semester Mac 2021 baru-baru ini. Platform berupa laman web ini telah dibangunkan menggunakan aplikasi Google Site dan telah berjaya menyeragamkan aktiviti-aktiviti pembentangan video projek tahun akhir. Laman web ini juga akhirnya telah menjadi sebuah one-stop-centre untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang perjalanan pembentangan dan penilaian projek tahun akhir.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maasar, Mohd Azdi UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) Q Science > QA Mathematics > General |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Mathematics in Applied Research |
ISSN: | 2811-4027 |
Keywords: | Pembentangan, penilaian projek tahun akhir, matematik, atas talian |
Date: | November 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65192 |