Abstract
Inovasi ialah enjin yang merupakan tunas di masa hadapan. Kerajaan ketika ini menyarankan supaya inovasi diterapkan di dalam semua bidang kemahiran terutamanya dalam bidang pengeluaran. Demi menyahut cabaran dan wawasan kerajaan tersebut, Bahagian Tenologi Pembuatan, ADTEC Shah Alam telah menghasilkan sebuah mesin yang mampu menjalankan tugas memampatkan tin minuman dalam skala sederhana dengan kos yang mampu milik oleh individu atau organisasi yang memerlukan. Produkyang dimaksudkan kini dikenali sebagai Can Crusher Machine (CCM). Penghasilan CCM akan memudahkan kerja-kerja memampatkan tin minuman dalam skala kecil dan sederhana. Ketahanan mesin ini juga telah diuji dan kekukuhan serta kelasakannya dalam menjalankan tugas tidak dapat dinafikan walaupun beroperasi dalam keadaan terbeban. Dengan kebolehan memampatkan tin minuman dengan seragam dan cekap ia diyakini berupaya membantu meringankan dan mempercepatkan pengurusan sisa-sisa buangan seterusnya membantu proses kitar semula yang dapat memelihara kesejahteraan alam sekitar. CCM dalam erti kata lain dapat memenuhi keperluan pusat-pusat kitar semula serta organisasi GO atau NGO yang mengutamakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam setiap perjalanan operasi organisasinya.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaacob, Ahmad Nizam UNSPECIFIED Ahmadi, Safinatunnajah UNSPECIFIED Abd Rahman, Mohd Azmi UNSPECIFIED Abdul Rahman, Shaharuddin UNSPECIFIED Ikhwan, Hemi Azwan UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Enviromental management H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 23 |
Keywords: | Inovasi, mesin pemampat tin minuman, proses kitar semula |
Collections: | Innovation |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65191 |