Abstract
Etika kewartawanan mula dibincangkan di negara-negara Eropah sejak abad ke17. Sementara di Malaysia, kewujudan Etika Kewartawanan Malaysia (EKM) yang diperkenalkan pada 20 Mei 1989 oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Pertubuhan Editor-Editor Suratkhabar (ONE) adalah titik permulaan dalam meletakkan kerjaya wartawan di Malaysia dalam standard yang tinggi. Dunia kewartawanan tidak pernah sunyi daripada membincangkan isu dan permasalahan berkaitan etika dan kajian mengenainya sentiasa mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik tempatan. Namun, kewujudan kod etika kewartawanan tidak begitu jelas, hanya didengar, kurang digunakan walaupun kepentingannya diiktiraf oleh wartawan yang kebanyakannya mendakwa mereka adalah profesional. Sememangnya pembentukan kod etika kewartawanan merupakan titik tolak kepada usaha memartabatkan kerjaya wartawan ke tahap profesional. Segalanya perlu bermula dengan diri wartawan itu sendiri. Apakah kegunaan dan kepentingan etika dalam kerjaya? Apakah penerimaan wartawan terhadap EKM? Apakah elemen utama yang perlu ada pada etika kewartawanan di Malaysia? Makalah ini akan memberikan jawapan dengan menggunakan gabungan kaedah kajian soal selidik kepada 272 orang wartawan daripada lima akhbar berbahasa Melayu dan kaedah temu bual mendalam bersama enam orang pengamal media. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan wartawan akhbar berbahasa Melayu mengakui bahawa mereka melaksanakan tugas berlandaskan kod etika. Majoriti wartawan mengetahui kewujudan EKM dan mendukung kelapan-lapan perkara pada EKM. Responden kajian juga mengakui kepentingan etika dalam menunjangi kerja-kerja kewartawanan yang dilakukan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sarmiti, Nor Zaliza zaliza_s@um.edu.my Mohd Adnan, Hamedi UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Relation to ethics, religion, etc P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Journalists |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0127-8991 |
Volume: | 17 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 29-51 |
Keywords: | Etika kewartawanan; Bahasa Melayu; Malaysia; wartawan |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65180 |