Bekerja dari rumah: cabaran dan realiti / Dr. Wan Normila Mohamad ... [et al.]

Mohamad, Wan Normila and Mohd Mahyideen, Jamilah and Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan and Yaakob, Hafisah (2022) Bekerja dari rumah: cabaran dan realiti / Dr. Wan Normila Mohamad ... [et al.]. ASPIRASI FPP. pp. 40-43. ISSN 2735-0525

Abstract

Dunia masih berdepan dengan masalah Covid-19 yang telah memasuki tahun ketiga yang menyaksikan jutaan pekerja menyesuaikan diri sama ada telah mula bekerja dari pejabat atau ada yang masih bekerja dari rumah. Di awal permulaan wabak pandemik, bekerja dari rumah adalah sesuatu yang agak janggal bagi kebanyakan pekerja dan majikan. Namun, bekerja dari rumah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta telah menjadi norma baharu dan dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mei 2021 melaporkan pengoperasian pejabat kerajaan adalah secara hibrid iaitu bekerja dari rumah susulan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada tahun 2021, yang melihat 80% penjawat awam bekerja dari rumah dan hanya 20% hadir ke pejabat. Satu tinjauan dari pihak Randstad Malaysia yang dijalankan pada bulan Mac 2021 di bawah projek 1H Workmonitor 2021 mendapati 69% responden menyatakan lebih berminat meneruskan bekerja dari rumah sehingga vaksin Covid-19 diberikan secara menyeluruh. Kaji selidik yang dijalankan oleh Randstad Malaysia ini juga mendapati 55% maklum balas responden yang perlu bekerja dari pejabat semasa pandemik melahirkan kerisauan berisiko dijangkiti virus Covid-19. Tinjauan Randstad 1H Workmonitor ini dijalankan pada Mac 2021 melibatkan 34 pasaran di seluruh dunia dengan minimum 400 responden.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Wan Normila
UNSPECIFIED
Mohd Mahyideen, Jamilah
UNSPECIFIED
Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan
UNSPECIFIED
Yaakob, Hafisah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Page Range: pp. 40-43
Keywords: Bekerja dari rumah, cabaran, realiti, Covid-19,
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65175
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65175.pdf] Text
65175.pdf

Download (881kB)

ID Number

65175

Indexing

Statistic

Statistic details