Abstract
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau fenomena "grapevine" dan implikasi berita khabar angin yang disebarkan melalui saluran ini ke atas kakitangan bukan pengurusan UiTM. Kajian ini telah dilakukan ke atas 241 orang kakitangan bukan pengurusan UiTM dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada mereka yang telah dipilih secara rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa 147 (61%) kakitangan tersebut mempercayai berita khabar angin yang mereka dengar. Selain itu, maklumat yang mereka dengar melalui khabar angin terbahagai kepada dua kategori iaitu yang berkaitan dengan hal kerja dan juga peribadi individu lain. Kajian juga mendapati bahawa kepercayaan kakitangan terhadap kesahihan berita khabar angin menjadi peramal kepada perasaan tidak selesa (implikasi). Oleh itu, berita yang didengari melalui "grapevine" memang dipercayai oleh kakitangan dan maklumat tersebut boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada kakitangan dan organisasi secara keseluruhannya.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Zaridah UNSPECIFIED Din, Faizah UNSPECIFIED Mohammed, Abdullah @ Kassim UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Communication in management. Communication in organizations. Communication of information |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0127-8991 |
Volume: | 7 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 61-70 |
Keywords: | Grapevine; khabar angin; UiTM; kakitangan bukan pengurusan |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65166 |