Strategi mendapatkan modal awal perniagaan melalui Ar-Rahnu / Mohd Elfee Ab Rashid and Iskandar Arifin

Ab Rashid, Mohd Elfee and Arifin, Iskandar (2022) Strategi mendapatkan modal awal perniagaan melalui Ar-Rahnu / Mohd Elfee Ab Rashid and Iskandar Arifin. ASPIRASI FPP, 1. pp. 8-10. ISSN 2735-0525

Abstract

Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan terhadap para usahawan dan peniaga sama ada secara kecil-kecilan atau sederhana mendapati antara masalah yang sering membelenggu mereka adalah masalah untuk mendapatkan dana kewangan. Masalah ini sering berlaku kepada usahawan yang bukan sahaja dalam kategori baharu memulakan perniagaan, bahkan kepada usahawan sedia ada yang memerlukan dana untuk mengembangkan lagi perniagaan yang mereka sedang usahakan. Untuk mendapatkan bantuan dana perniagaan dari institusi lain terutamanya institusi perbankan adalah sangat sulit kerana ia melibatkan banyak prosedur dan proses serta kebiasaannya mempunyai terma dan syarat yang kemungkinan mengambil tempoh masa yang agak panjang dan tenaga untuk mendapatkan kelulusan dana tersebut. Menurut Puan Siti Hajar Md Jani, Pensyarah Kanan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kuala Pilah, beliau juga memiliki perniagaan sendiri dan mendapati bahawa usahawan-usahawan sering kali berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan mereka terutamanya usahawan muda yang baru berhasrat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun sederhana lebih- lebih lagi semasa negara berhadapan dengan wabak pandemik ini. Untuk membuat pinjaman dari institusi kewangan yang sedia ada belum tentu berjaya kerana banyak proses dan prosedur yang perlu diikuti.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ab Rashid, Mohd Elfee
UNSPECIFIED
Arifin, Iskandar
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HG Finance
H Social Sciences > HG Finance > Capital costs
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Volume: 1
Page Range: pp. 8-10
Keywords: Ar-Rahnu, institusi perbankan, dana kewangan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65124
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65124.pdf] Text
65124.pdf

Download (417kB)

ID Number

65124

Indexing

Statistic

Statistic details