Abstract
Jambu batu atau guava adalah sejenis buah-buahan yang kaya dengan sumber tenaga, serat, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Ia dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico dan tersebar ke merata kawasan tropika. Di Malaysia, penanaman jambu batu telah mula dikomersialkan bermula pada pertengahan tahun 1981. Kawasan utama tanaman guava di Malaysia ialah di negeri Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Sekmen Aspirasi pada edisi ini menyingkap sebuah pengalaman yang menarik mengenai Che Soh bin Haron (54 tahun), seorang usahawan tani jambu batu yang berjaya dan merupakan pemilik induk jambu UNDA di Rompin, Pahang. Pemilik yang berasal dari Kelantan ini telah berumahtangga dan mempunyai empat (4) orang cahaya mata. Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia, pernah berkhidmat selama lapan belas (18) tahun sebagai Penolong Eksekutif Kanan di FELCRA Berhad dan enam (6) tahun sebagai Pengurus Kanan Perolehan dan Pemasaran di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK Estate).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED Mohd Mahyideen, Jamilah UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED Mohamad, Wan Normila UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty P Language and Literature > PN Literature (General) S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 2-6 |
Keywords: | Jambu Batu, UNDA, dunia, akhirat |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65122 |