Transkrip temubual bersama Prof. Madya Norma binti Abu Seman bekas Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat mengenai pengalaman beliau dalam bidang kajian Sains Perpustakaan / Muhamad Iqmal Hakim Mohamad and Muhammad Izzat Nazeri

Mohamad, Muhamad Iqmal Hakim and Nazeri, Muhammad Izzat (2020) Transkrip temubual bersama Prof. Madya Norma binti Abu Seman bekas Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat mengenai pengalaman beliau dalam bidang kajian Sains Perpustakaan / Muhamad Iqmal Hakim Mohamad and Muhammad Izzat Nazeri. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman dan kisah hidup seorang tokoh yang merupakan salah seorang bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) iaitu Prof. Madya Norma Abu Seman yang pernah berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat. Menyentuh sedikit tentang latar belakang tokoh ini, beliau telah menjadi pelajar Institut Teknologi MARA pada tahun 1972 sehingga tahun 1975. Tujuan projek sejarah lisan ini ialah cubaan untuk merekod dan merakam kisah hidup dan pengalaman bekas Alumni tokoh ini. Proses merekod dan mencatat rentetan kehidupan beliau dijalankan melalui wawancara yang dijalankan dan bermula dari latar belakang dan sejarah pengalaman beliau, kajian ini turut memberi fokus yang menyeluruh tentang isuisu yang berkaitan tentang Bidang Kajian Sains Perpustakaan. Kajian ini juga bagi mengesahkan kebenaran tentang pencapaian tokoh terutamanya dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan ini. Melalui temubual ini kami bisa mengupas dengan lebih lanjut tentang informasi penting berkaitan kajian ini. Diharap juga melalui dapatan kajian lisan ini masyarakat luar terumatanya generasi akan datang akan mengenali dengan lebih lanjut dan mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang tokoh-tokoh yang pernah telah memberikan banyak pengalaman dan jasa kepada fakulti dan juga kepada negara Malaysia. Kajian ini membuktikan besarnya sejarah negara berkaitan Bidang Kajian Sains Perpustakaan dan bagaimana ianya boleh mencorak sejarah Malaysia secara langsung atau tidak langsung

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65120.pdf]
Text
65120.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics