Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman dan kisah hidup seorang tokoh yang merupakan salah seorang bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) iaitu Prof. Madya Norma Abu Seman yang pernah berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat. Menyentuh sedikit tentang latar belakang tokoh ini, beliau telah menjadi pelajar Institut Teknologi MARA pada tahun 1972 sehingga tahun 1975. Tujuan projek sejarah lisan ini ialah cubaan untuk merekod dan merakam kisah hidup dan pengalaman bekas Alumni tokoh ini. Proses merekod dan mencatat rentetan kehidupan beliau dijalankan melalui wawancara yang dijalankan dan bermula dari latar belakang dan sejarah pengalaman beliau, kajian ini turut memberi fokus yang menyeluruh tentang isuisu yang berkaitan tentang Bidang Kajian Sains Perpustakaan. Kajian ini juga bagi mengesahkan kebenaran tentang pencapaian tokoh terutamanya dalam bidang Kajian Sains Perpustakaan ini. Melalui temubual ini kami bisa mengupas dengan lebih lanjut tentang informasi penting berkaitan kajian ini. Diharap juga melalui dapatan kajian lisan ini masyarakat luar terumatanya generasi akan datang akan mengenali dengan lebih lanjut dan mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang tokoh-tokoh yang pernah telah memberikan banyak pengalaman dan jasa kepada fakulti dan juga kepada negara Malaysia. Kajian ini membuktikan besarnya sejarah negara berkaitan Bidang Kajian Sains Perpustakaan dan bagaimana ianya boleh mencorak sejarah Malaysia secara langsung atau tidak langsung
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Muhamad Iqmal Hakim 2019672492 Nazeri, Muhammad Izzat 2019678926 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Abu Seman, Prof. Madya Norma UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan; Norma binti Abu Seman; Kajian Sains Perpustakaan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65120 |