Abstract
Perkataan epidemik, endemik dan pandemik mula menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia sejak kemunculan virus Coronavirus (COVID-19) pada tahun 2020. Wabak COVID-19 yang melanda negara kita bukan satu-satunya penyakit yang mempengaruhi dunia pada skala global. Susulan penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan COVID-19 sebagai pandemik. Walaubagaimanapun, COVID-19 belum dicatat dalam sejarah sebagai pandemik yang terburuk. Situasi terkini COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Oktober 2021 menunjukkan wabak ini telah menjangkiti 2,379,466 orang dan mengakibatkan 27,858 kematian. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung Oktober 2021. Epidemik, endemik dan pandemik mempunyai sebutan yang hampir sama. Namun begitu, tiga terma ini membawa maksud yang berbeza. Apakah perbezaan antara epidemik, pandemikdan epidemik?.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Mahyideen, Jamilah UNSPECIFIED Yaakob, Hafisah UNSPECIFIED Mohamad Rusli, Nurhanani Aflizan UNSPECIFIED Mohamad, Wan Normila UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Health Communication |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
| ISSN: | 2735-0525 |
| Volume: | 2 |
| Page Range: | pp. 35-39 |
| Keywords: | Epidemik, endemik, pandemik, COVID-19 |
| Date: | 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65119 |
