Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang merupakan satu- satunya Pak Yong lelaki dalam teater seni tradisional Mak Yong. Mak Yong merupakan seni kebudayaan yang begitu unik dan halus sifatnya yang berunsurkan tarian, muzik dan drama yang dipentaskan secara teater. Namun ramai dalam kalangan masyarakat pada masa kini kurang penerimaan dan penghayatan mereka terhadap seni tradisional Mak Yong. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai penglibatan tokoh dalam kesenian ini, projek sejarah lisan ini bertujuan untuk merungkai isu serta halangan dalam menyemarakkan semangat cintakan kesenian ini. Bermuda dari sejarah tentang Mak Yong, kajian ini turut menfokuskan secara menyeluruh mengenai watak, kostum yang dipakai, seni persembahan dan yang paling utama adalah keunikan Mak Yong itu sendiri Kajian ini bukan sahaja melalui temu bual Encik Rosnan sendiri, malah ianyajuga diperolehi dari sumber yang lain bagi melihat sejauh mana perbezaan dan persamaan dalam kajian yang telah dilakukan. Implikasi kajian ini adalah ditujukan kepada pengkaji, pelajar dan juga orang awam. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi sekarang akan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam tentang seni kebudayaan Mak Yong.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zahari, Nureen Ainsya 2020996789 Zakaria, Nurul Husna Najwa 2020980303 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Abdul Rahman, Rosnan UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > National dances. Folk dances and dancing L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Mak Yong; Seni Kebudayaan; Sejarah Lisan; Seni Persembahan |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65098 |