Abstract
Transkip ini membincangkan mengenai pengalaman seorang tokoh yang mewarisi bidang songkok turun-temurun dan dikenali sebagai pembuat songkok tersohor di Pulau Pinang. Beliau mula menceburi bidang ini sewahu berusia seawal 12 tahun dan masih meneruskan warisan daripada bapanya sehingga kini. Pada zaman kini, seperti yang dapat dilihat warisan songkok ini semahn terkubur dek kerana kurangnya pendedahan mengenai bidang ini. Oleh sebab itu, kajian sejarah lisan adalah salah satu alternatif untuk mendalami dan merungkai keistimewaan tentang songkok buatan tangan ini. Menerusi proses temu bual bersama tokoh, kami dapat mengetahui simbolik utama tentang pemakaian songkok iaitu ianya membawa imej sebagai seorang umat Islam. Kajian inijuga turut menumpukan perhatian kepada latar belakang peribadi, pendidikan, asal usul sejarah songkok, penganugerahan, pengalaman danjuga cabaran yang dihadapi oleh tokoh untuk meneruskan bidang ini. Melalui temu bual ini, pelbagai input telah kamiperolehi bagi tujuan menghasilkan transbip dan menerbitkannya di dalam arkib UiTM. Akhir kata, kami berharap agar kajian ini dapat membantu dalam mendedahkan sejarah hidup tokoh ini dalam usaha untuk meneruskan warisan songkok turun-temurun kepada masyarakat dan negara.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azmi, Nur Zulaikha 2020968749 Ahmad Shukri, Nurul Aina 2020980233 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee OSM Mohd Shariff, Haja Mohideen UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Sejarah lisan; Warisan songkok; Tokoh |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65074 |