Abstract
Transkrip ini mengetengahkan tentang kehidupan dan pengalaman seorang tokoh penggiat warisan seni ukiran kayu negara iaitu Encik Abd. Muhaimin Bin Hasbollah. Beliau merupakan anak jai negeri Johor yang telah memberi banyak sumbangan dalam mengharumkan nama negara di persada global. Penulisan ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada dinamik gaya dan pendekatan ketokohan yang dimiliki melibatkan maklumat latar belakang diri tokoh, penubuhan syarikat perniagaan beliau iaitu Inakraf Ukiran Kayu yang didirikan di Negeri Pahang. Pengalaman beliau dalam menerajui Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) sebagai setiausaha, sumbangan dan pencapaian beliau di peringkat nasional dan antarabangsa, serta titipan pandangan, cadangan dan kata-kata nasihat bagi generasi muda yang berkeinginan tinggi dalam menceburi bidang seni ukiran kayu. Penulisan ini merujuk kepada sumber pembacaan dan kajian penulis terhadap tokoh serta berpandukan kepada sumber utama iaitu dokumentasi lisan. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni kraf ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat penggiat-penggiat seni serta mengkaji keistimewaan yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, kajian ini penting demi kelangsungan generasi akan datang serta dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni penghasilan ukiran kayu agar mereka dapat menjadikan beliau sebagai teladan dan juga sumber rujukan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Nursyuhada 2020960755 Ali, Roushella Rika 2020978999 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaluddin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Hasbollah, Abd. Muhaimin UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries > Woodwork |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Ukiran Kayu; Abd. Muhaimin; Ina Kraf; Pengukir Kayu Johor; Pengukir |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65073 |